assalamualaikum . .
abaikan tajuk di atas sebab gua mana pernah lepak kedai kopi . secara logiknya gua tidak harus punya cerita berkaitan kedai kopi . betol ke tidak ?
fever again . tahun 2010 adalah tahun penyakit untuk aku . masok ni dah tiga kali kot aku menjadi mangsa virus yang tiada tempat berteduh yang tetap ni .
seingat aku lah , selama aku hidup beberapa tahun ni , purata aku terkena jangkitan virus hanya satu kali untuk setahun . cuma tahun lepas aku tidak terlibat , mungkin sebagai memberi peluang dan ruang . okay ! yang itu aku berterima kasih . kalaupun tahun ini harus diqada'kan , tidak perlu sampai berkalikali . aku tidak gembira kerana doktor tak pernah pon bagi aku mc sebab aku tak pernah pon pergi jumpa doktor tu sebenarnya , haha .silahlah boo .
okay , aku rasa macam nak makan mee (yang pasti bukan di kedai kopi) . aku cakap aku fever je kan tapi aku tak cakap pun aku hilang selera makan . logik ke ? haruslahkan , fever itu ujian , selera makan itu nikmat . baru fair !
p/s : okay ! sebenarnya aku berterima kasih jugak dengan ujian ni , berkurangan jugak dosa aku .
No comments:
Post a Comment