Saturday, November 06, 2010

lagi kritik !

assalamualaikum . .

aku rasa selain jadi artis terkenal aku juga boleh menceburi bidang yang lebih kontrovesi seperti menjadi pengkritik bebas . paul moss dah boleh pencen lah . dengan american idol lagi karang aku bekerja . baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah . baru puas hati aku . haha . nampak emo kan , kenapa ye ?

okay ! aku mahu bercerita tentang melaka . aku kan baru balik dari melancong di melaka . geli pulak rasanya pakai perkataan melancong tu , tak sesuai tau . okay ! melaka memang indah dan permai . yelah , melaka maju 2010 . muak jugak aku tengok banner tu di merata tempat di melaka tadi . ada gambar menteri besar lagi . aku macam nak diri sebelah je ambik gambar dengan dia .

melaka dengan batu pahat kan tak jauh mana , so memang dah banyak kali la aku melancong ke melaka tu . sumpah tak bosan , melaka memang superb , memang sangat sesuai lah kalau nak datang melancong ke melaka . semua ada dan sangat senang sebab negeri tu kecil je . 1 hari kau boleh habiskan 1 negeri melaka .
tapi dua perkara yang buad aku tak tahan apabila berada di melaka ialah keadaan cuacanya yang seperti berada di gurun sahara dan tempoh masa lampu isyarat yang seperti mahu mengajak bergaduh , lama yang amat . aku tak tahu lah kalau lampu isyarat di batu pahat sahaja yang hanya mengambil masa selama 1 minit . dah panaspanas tu , macam biasa lah , migrain aku mula lah ajak bergurau . kalau kau lah , wujud lagi ke mood mahu melancong ? mood aku memang dah pass kat orang sebelah lah .


melaka kan dah buad solar valley , apekejadah entah nama benda tu . sesuai sangat lah kan .

No comments:

Post a Comment