assalamualaikum . .
aku dah penat . dah penat duduk di rumah . dah penat tidak beraktiviti seharian seperti memory lepas bersama sekutu tercinta . walaupon aku sedar masih banyak tugasan yang belum berjaya disentuh , aku masih mahu membatukan hati , membutakan mata , memekakkan telinga , meninggikan ego supaya ianya terus tetap tidak disentuh . aku mahu bercuticuti Malaysia , bukan bercuti sekolah dan memenuhi masa dengan menghabiskan segala tugasan yang diberikan cikgu .
"ayah , bila boleh pergi Umbai ? tengok-laut-sambil-makan-ikan-bakar kat sana " , "ayah , apa kata kita pergi jb?" , "ayah , bagi la adik dengan akak pergi Melaka , 1 hari je" , "ayah , jom la pergi pagoh , berjimba di tengah ladang" , "ayah , belilah tv LCD baru ", "ayah , jom pergi holiday" dan "ayah , mintak cuti kerja boleh tak ? tak bankrap la kilang tu setakat cuti 2 hari"
aku takkan mintak ayah aku bawa aku berfoyafoya di pusatpusat kasino mahupon destinasi percutian antarabangsa atau mungkin pulaupulau persendirian . dan apa yang aku pasti aku hanya mampu meluahkan ayatyat tersebut dalam entry kali ni saja . aku tidak mahu kecewa meluahkannya di depan mata ayah dan akhirnya ayah akan cakap "alah , ada apa je ? kau baca buku lagi bagus , tahun depan nak SPM" atau "malas !" atau mungkin "tak untung !" . aku menyesal memperkenalkan ayat tersebut kepada ayah . padan lah dengan peribahasa orang doludolu , 'menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tidak berguna' . tapi , aku tak paham ayat 'menyesal dahulu pendapatan' tu . pendapatan tu apa ? setahu aku pendapatan = gaji . menyesal dahulu dapat gaji ke ?
okayokay .
dan kerana ayatayat balasan tersebut , aku pon menjadi sangatsangat la malas untuk membuat preparation untuk SPM yang disebutsebutkan tadi . SPM tahun 2010 pon tak tamat lagi , apehal aku dah buad preparation untuk tahun hadapan ? bagi lah chance . next year confirmconfirm orang bercuti aku berperang . ye dak ?
one more thing , kalau lah aku ada kawan di kampung halaman ini .
ya , aku tiada kawan di kampung sendiri . bukan kampung yang balik time rayaraya tu , ni kampung yang harihari aku balik dan bermastautin di sini . disebabkan otak aku yang terlalu kehadapan dan tidak mahu memandang ke belakang , aku tidak lagi bercampur dengan kawankawan setadika dulu . aku bukan mahu jadi seperti kacang melupakan kulit atau mungkin tidak menjunjung langit di mana tempat aku berpijak (baca : lupa diri) cuma yang membataskan aku adalah corak pemikiran . ada juga aku bergaul dengan mereka di lamanlaman sosial seperti facebook dan ternyata aku tidak mampu untuk meneruskannya .
korang boleh judge aku sebagai berlagak . tapi , secara halusnya aku bukan berlagak . aku seorang pemalu . ya , pemalu , note that okay ! bayangkan lah , kawankawan kampung yang ramairamai yang semuanya bersekutu itu tidak pandai nak bertegur dengan aku , macam mana lah aku yang sorangsorang ni nak berjaya menegur mereka ? apa mereka juga pemalu ? entahlah . . tapi , kalau aku lah , aku tidak akan malu selagi aku berkawan . masalah nya , aku tidak berkawan . aku ulang lagi . hishhhh .
ni la aktiviti cuti sekolah aku . menaip entry . apa kata aku pergi gim pulak ?
No comments:
Post a Comment