Saturday, December 18, 2010

malam jumaat punya hal

assalamulaikum . .

seram tak tajuk ? gua memang saja ambil feel paranormal sikit .

malam jumaat lepas , atau beberapa hari yang lalu , gua bermusafir di rumah maklong gua , di daerah yang sama , Batu Pahat . anak-anak atok gua memang semua duduk dalam satu daerah . gua syak mereka gentar jikalau atok dua terlupa nak meletakkan nama mereka di dalam wasiatnya . ayah gua lagi caring , sebab , rumah gua terbina bersebelahan je dengan rumah atok gua . jadi , nak tak nak , memang gua kena jadi cucu yang paling mithali di dalam dunia ini .

okay ! gua pergi rumah maklong gua sebab ada kenduri . memang adat budaya dan tradisi orang kampung , setiap malam jumaat akan mengadakan kenduri tahlil , doa selamat dan bacaan yassin bagai di rumah penduduk kampung secara bergilir-gilir . gua syak niat asal mereka untuk mencari ratu masakan yang paling berpengaruh di dalam kampung . dengan tujuan , kalau ada PM ke , sultan ke datang , mereka tidak lah kemaluan kerana tidak berjaya menghidangkan makanan yang lazat dan berkhasiat lagi bermutu tinggi . okay , gua tipu .

majlis untuk lelaki . orang perempuan duduk di dapur , sembang-sembang , gossip-gossip . itu normal . tapi gua suci , sikit pon gua tak terlibat . gua lagi senang melayan kerenah anak-anak besar yang perangainya seperti anak-anak kecil yang telinganya sudah di sumpah untuk tidak langsung menerima kata-kata nasihat . tapi , takpa . gua dah terbiasa . adik saudara gua semua lelaki . seorang je kot perempuan . tu pon dah pandai berkirim-kirim salam dengan budak lelaki kelas sebelah di sekolahnya . budak sekarang memang terlebih hormon . okay ! berbalik kepada cerita ore jate (baca : orang jantan) , muka masing-masing kalah mafia dalam cerita cina dalam tv tu . dah lah hitam , gemuk , bau busuk , cuba bayangkan , gua ada adik saudara yang serupa hantu bapak lampir ? mahu mengigau malam . tapi , takpa . gua dah terbiasa .

sedang gua enak-enak melayan berita orang kurang upaya yang hanya maperlihatkan gerak laku tanpa suara , gua terperasan satu perkara yang mampu menimbulkan aib . seluar adik saudara gua yang serupa mafia Korea gila seks tu koyak rabak taknak besar pulak . nasib baik dia pakai pakaian dalam malam tu . mungkin preparation awal . gua yang berhaluan kiri ni tidak melepaskan peluang untuk turut menghamburkan ketawa gua yang terbahak-bahak yang mampu membuatkan bacaan yassin di ruang hadapan rumah terhenti , tapi gua takda lah haram jadah sangat , gua gelak cover-cover je macam wanita Melayu terakhir tu .

beberapa minit selepas itu , gua terkesima melihat mafia Korea gila seks nangis mengoingoi di riba kakaknya .

gua senyum sinis .

No comments:

Post a Comment