Sunday, January 30, 2011

babysitter

assalamualaikum . .

ibu cakap aku macam ayam sebab hujan-hujan mahu juga keluar rumah . tapi , aku keluar dengan ibu , jadi ?

semalam , balik rumah nenek , majlis tahlil ke-7 hari arwah mak teh . semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman . Amin . pergi lepas zohor , hujan-hujan meredah jalan raya , apa ada hal , naik kereta kot , tak perlu nak sayu sangat . sampai-sampai , ada dua orang sahaja yang sedang bertungkus-lumus . sepupu dan seorang jiran warga emas . okay hujan , faham . hujan dari pagi sampai malam , memang teruji .

nak dijadikan cerita , sepupu aku punya anak taknak ramai pulak , 5 sekali keluar berderet-deret . si ayah pergi meninggalkan tanggungjawab entah ke mana . maksud di sini , pergi ke rumah keluarganya . anak keempat lingkungan usia 1 tahun ++ dan anak kelima berumur 7 bulan . tu dia . si kakak belum bisa bercakap si adik sudah pandai berduduk . jadi , memandangkan si ibu sibuk menjadi chef terhebat , aku yang berpangkat makcik , sukarela menjadi babysitter kepada si kecil , okay , sukarela sebab si kecil tersangatlah comel dan molek . ada juga niat di hati nak culik bawa balik , tapi memikirkan si ibu separuh mati melahirkan , aku batalkan niat tersebut .

seorang lagi warga emas datang mahu menyibukkan diri , dengan membawa pisang goreng panas-panas lagi . aku tak dapar fikir mana dia dapat pisang goreng panas-panas macam tu di hari sejuk-sejuk-hujan seperti seminggu ini . tapi syukur , ada juga benda yang boleh disumbatkan ke dalam mulut si kecil dan juga budak-budak besar serta sekalian yang lain . nama saje si kecil tapi dia makan taknak banyak macam budak besar pulak , hulur je apa ada , confirm masuk mulut . selesai dua potong pisang goreng , boleh pulak dia tidur dalam pangkuan aku , ngantuk sangat gamaknya . aku takda adik oii , tolong lah , macam mana nak handlenya ni . sepupu cakap , bawak masuk rumah , baringkan atas tilam . okay , yang menurut perintah .

dan dan tu jugalah dia menggedik tidak mahu dibaringkan di atas tilam . okay , tak paham , dia lagi gemar tidur atas dada makcik dia ni . wahhh , memilih ! terasa saje tekstur tilam , antomatik dia akan melalak , aku juga turut merasa nak melalak sama . makcik kau ni dah nak pitam-mabuk-muntah-muntah okay yeehad . nasib boleh control ayu lagi . and thank you sebab tidur dengan baik beberapa minit selepas itu . mission accomplish .

btw , i love you so much lah muhd yeehad nahil !



p/s : tiada gambar kerana ada sesuatu yang tidak mengizinkan semalam . okay , menyesal .

                         ini baby google. rare gila kalau jumpa baby tak comel kan :)

No comments:

Post a Comment