Friday, January 21, 2011

mengada tak mengada

assalamualaikum . .





awal-awal tahun , awal-awal buka sekolah , semua sekolah buad aktiviti sukan . takwim sekolah mana yang takda termasuk hari sukan , takpon hari sukan dia buad masa naik cuti sekolah penggal ke-2 , aku berani potong kuku la kalau ada . kalau dulu , masa aku umur kecik-kecik , hari sukan sekolah dibuad masa akhir tahun , masa dah habis final year exam , tapi sekarang , dunia dah maju , semua nak buad dulu-dulu . last-last tinggal SPM je yang berlangsung pada akhir-akhir tahun . tapi tak dapat pulak aku nak bayangkan kalau SPM start masa hari pertama sekolah . lembab-lembab .

okay ! tadi sekolah aku ada kejohanan merentas desa . nama je merentas desa , tapi kalau dah sekolahnya duduk kat tengah-tengah kota tu , mana desa pulak nak kena korek . kesimpulannya , budak-budak sekolah aku boleh merentas taman perumahan je . secara sengaja atau tidak , kejohanan tersebut berlangsung bersaing dengan sekolah tinggi batu pahat . kami perempuan , mereka lelaki . ada chemistry takda chemistry ? okay , gatal ! aku syak guru-guru kami dan mereka yang sebenarnya ada chemistry . walaupun mereka menafikan .

gadis-gadis A dilepaskan dahulu , dengan alasan , kami lambat , para guru malas nak tunggu lama-lama , jika dilepaskan dahulu , berpotensi besar untuk kami sampai sebelum gadis-gadis C dilepaskan . cehh , kurang manis kurang masam ? tapi alhamdulliallah , semuanya bereh !!!

habis kejohanan , kami semua diminta untuk menukar pakaian kepada uniform sekolah dan menjalani sesi P&P seperti biasa . mengada tak mengada ? di situ terlihat ketidakserasian guru-guru sekolah kami dengan sekolah tinggi kerana pelajar sekolah tinggi tidak perlu melakukan perkara seperti yang kami lakukan . benci tau ! tapi siapa peduli ? ego pelajar temenggong ibrahim lagi tinggi daripada KLCC . okay , abaikan .

tapi apa yang lebih mengada dari biasa , sampai rumah jam 1.30 tadi , aku mandi , solat dan terus tidur . sedar-sedar , kepala dah berdenyut , duduk 2 3 minit , hidung dah mula berair , mata dah panas . ahhh ! fever . baru berlari-lari-anak-sedikit-yang-selebihnya-membebel-sepanjang-jalan sudah demam selsema ? mengada tau !



p//s : tahniah kepada rumah merak .

No comments:

Post a Comment