Sunday, February 06, 2011

abang shawl handsome dan boxer pink

assalamualaikum . .

melaka lagi . ya , ke melaka lagi hujung minggu ni . hantar kekanda next door berserta cuci mata . apa yang membezakan , disertai oleh sanak-saudara yang tiada motif utama menyertai journey tersebut .

memandangkan membawa segerombolan manusia , jadi , lokasi mencuci mata menjadi lebih luas dan indah . sempat ke DataranPahlawan , MahkotaParade dan bazaar yang berjiran dengan MahkotaParade . semuanya tempat membazir duit atau dalam kata lain , shopping . tapi shopping ala kadar je , kerana , before pergi melaka , 5feb sudah berbelanja sakan di BatuPahat , ya hanya di BatuPahat . tapi , ibu i , wah , tidak mahu kalah . i hanya mengeluarkan duit untuk membeli sekotak coklat di FamousAmos dan sehelai shawl . dan abang handsome yang menjual shawl . nasib i tak menggedik menyuruh abang handsome membuat demo memakai shawl tersebut . mengada tau ! rancangan untuk ber-BaskinRobin juga dibatalkan kerana sanak saudara i hanya berusia 10 tahun ke-bawah , tidak sampai hati rasanya untuk berlagak dengan BaskinRobin .

segala kenangan terindah hanya tercatat di dalam kamera kekanda next door . hurmmmm . .

apa yang memilukan , di bawah sinaran cahaya matahari yang terik , terpaksa terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang subhanallah , tiada yang lagi sesak melainkan di tempat tersebut . area simpang ampat sebelum susur masuk lebuh raya . semua orang mahu menggunakan jalan tersebut nampaknya hari ini . cuma , thanks to my head sebab tak mengada nak sakit . you go head !



p/s : abang shawl handsome dengan boxer pink bukan subjek yang sama . dan , esok ada entry gedik-gedik-penting :)

No comments:

Post a Comment