senah seorang gadis muda belia bergetah dan masih dara . berbadan sedap
dan berketinggian yang rendah . senah masih bersekedudukan dengan kedua
orang tuanya berserta seorang kakak di sebuah kampung yang aman permai
yang hanya terkadang menjadi huru hara dengan mulut penduduknya yang
tiada sempat membeli insurans . biasalah , orang kampung , nak ke bandar
pon susah . kenderaan bermotor masih tidak banyak diguna pakai . walau
bagaimanapun , senah seorang anak muda yang terpelajar . belajar di
sekolah bandaran juga mengambil English Education , katanya English itu
penting . betul lah tu .
senah mengalami zaman kegemilangannya beberapa tahun lepas . senah yang
terkenal dengan sopan santun dan budi pekerti tingginya , senah juga
digelar gadis melayu terakhir . pendek kata , sesiapa yang melihat senah
akan menjadi panas hati . gadis-gadis seangkatan dengannya juga menjadi
berang dengan reaksi masyarakat . "kenapa ya orang kita tidak boleh
melihat orang terlebih sedikit ?" . bila senah mengadu perihal tersebut
kepada ibu tercinta , ibunya hanya menjawab dengan tiga patah perkataan ,
"lumrah alam agaknya ." . senah tahu , ibunya hanya mahu menyedapkan hati
sendiri . ibu mana yang tidak susah hati bila anak dara sendiri menjadi
buah mulut masyarakat tidak kira lelaki dan juga perempuan . cuma , mulut
manusia tidak mampu kita tutup . jadi , sebagai langkah menyelesaikan
masalah , mereka hanya memekakkan telinga . bernas !
tidak kira di bandar mahupon di kampung , senah tidak peduli dengan
pandangan orang sekeliling . dia menjalankan tugasnya dengan sebaik
mungkin , menuntut ilmu , bercita-cita untuk menjadi cikgu katanya .
tidak cikgu kerajaan , cikgu swasta mahupon cikgu tuisyen juga menjadi
angan-angannya . bercita-cita tinggi nampaknya . sebagai ibu dan ayah ,
ibu bapa senah hanya menyokong . mereka tidak mahu anak gadisnya menjadi
seperti anak gadis kampungan yang lain . cukup masa , kahwin . tiada
masa hadapan . kalau dicerai laki , makan pasir lah kau . kata-kata
tersebut sedikit sebanyak mendorong senah untuk meneruskan usaha dan
cita-citanya . yeahh !
suatu hari , musibah datang melanda . kehidupan senah menjadi tunggang
langgang , disebabkan fitnah yang dibawa oleh mulut-mulut longkang
masyarakat sekeliling . senah menjadi down . down yang paling bawah
sekali . cuma , senah belum terniat untuk membunuh diri . crown gadis
melayu terakhir yang terbina punah sekelip mata . senyuman manis yang
terhias di bibir berganti musim dengan aliran air mata yang tiada henti .
si ibu dan bapa hanya menjadi pendokong yang setia . hati kuat mengatakan
anak mereka seorang yang baik dan hanya menerima fitnah hati iri
orang-orang . sabar , sabar .
senah menjadi tidak keruan tinggal di kampung yang sudah tidak permai
keadaannya itu . memandangkan mulut mausia tidak boleh ditutup , senah
membuat keputusan untuk melarikan diri ke oversea . dengan duit simpanan
menjual ribbon rambut handmade yang terkenal dalam kalangan pelajar
bandar , senah berjaya meloloskan diri ke negara bergolak , dia berkerja
sebagai tukang masak sukarelawan , berkat tunjuk ajar daripada ibunya .
cerita di kampung semakin hari semakin pudar . orang ramai sudah bosan
membawa cerita tentang senah . mereka sudah berpindah kepada isu novel
interlok yang dikatakan mencemari sensitiviti sesetengah kaum .
sedangkan anak-anak mereka tidak sedikit pon terlibat .
nama senah kian hari kian lenyap ditelan permukaan bumi . tiada lagi
kata-kata nista dilemparkan kepada keluarga senah mahupon senah sendiri
yang sudah jauh terdampar di bumi bergolak itu . tiada seorang pon yang
tahu akan berita senah . senah terus hilang dalam arus kemodenan dunia .
senah , ketika memikirkan masa hadapannya yang tidak pasti

No comments:
Post a Comment