Friday, February 11, 2011

larian amal atau ?

assalamualaikum . .

yeah ! settle test 1 . huh , tak payah nak heaven sangat kot . hipertensi pon gua tak tahu . damn ! malam ni gua tuisyen . tak urban langsung , nampak sangat gaya pelajar sekolah . esok kena sekolah lagi , kena lari-lari , satu johor kot . bukan lari satu johor , samua sekolah dalam johor kena lari-lari esok . damn lagi ! tak dapat gua bangun lewat esok . arhhhh , sawan !

actually , hari ni nak cerita pasal wishlist gua . harharhar ( gua tiru gelak hamzah ian , apa orang kata , learn from the best , ye dak ? ) . rasa macam berwawasan sangat lah pulak . tapi betul , ibu gua cakap wawasan tu penting , hidup memang kena ada wawasan , barulah boleh berjaya . hoyeahhhhh ! apa haram jadah sangat gua hari ni ? okay , lepak .

ada satu masa dalam hidup gua , gua nak

. tulis buku , etc : novel , mylife story
yeah ! tulis buku . bunyi macam tipikal je kan , orang tulis buku gua pon sibuk nak menulis jua . eh , peduli pulak gua . kalau buku gua best , berjuta penulis menulis buku sekalipon , orang tetap nak beli buku gua . ye dak ? rezeki masing-masing .

. bukak bakery
next , gua nak bukak bakery . entry gua-gua pon dalam hati ada taman okay ! gua gila suka baking . entry lepas-lepas pon gua dah tunjuk kegilaan gua . cuma yang kurang , gua tak suka makan benda yang gua buad . bukan persoalannya benda yang gua buad tu tak sedap , cuma , gua tak suka . jadi , terpaksalah gua upah chef yang boleh rasa sendiri apa yang dia buad untuk bakery gua . siapa nak kerja ? gua macam kaya sangat je kan nak upah chef lah , akauntan lah . okay , yang upah akauntan tu atas alasan gua malas nak uruskan akaun perniagaan gua . macam ni pelajar PrinsipAkaun ? pergi jahanam !

. kenal AMIR ANUAR BADRULHISHAM
no comment .

. Dr . Nurhanani binti Nordin
gua bukan admirer dengan doktor atas tu . cuma , gua teringin sangat nak lihat doktor tu kat mana-mana hospital dalam negara mahupon luar negara satu hari nanti . gua harap apa yang gua usaha yang macam tak berapa usaha selama ni membuahkan hasil yang lumayan yang mampu membuat gua sendiri serta parents gua , kakak gua , nenek serta datuk gua bangga mempunyai kaitan saudara dengan gua . yeahhhh !

. jadi blogger famous setanding Hanis Zalikha / lebih sikit dari Hanis Zalikha
aduhh , banyak pulak nak kena taip . wish yang ni , gua berserah je lah . cuma , gua usahakan untuk menaip entry-entry kegemaran ramai seperti yang ditaip oleh insan-insan terkenal yang lain . sapa nak dukung gua ? ke nak tolak gua dari belakang ? (baca : sokong)

. belajar main gitar , menari dan memasak
masa form 3 dulu , gua selalu lepak satu kedai yang gua pon tak tahu kenapa gua lepak kedai tu . depan kedai tu ada kedai jual alat musik . selalu jugak gua usha harga gitar . konon-konon urban lah usha harga gitar . ada jugak gua nampak orang jamming . bila gua tanya kat tuan kedai "ada kelas belajar main alat musik ke ?" , tuan kedai tu jawab "ada , 1 bulan RM80" . gua ada juga niat nak tanya , "ada orang belajar ke ?" tapi gua batalkan sebab nak menjaga hati tuan kedai . sejak peristiwa tu , gua dah tak lepak kat kedai depan kedai jual alat musik tu , nak kata patah hati , gua rasa tak seteruk tu , cuma . . biarlah sebabnya menjadi rahsia gua sendiri . hari tu , gua usha youtube , jumpa junior gua dalam youtube , masa dia form1 pernah menang TIGS idol , dah ada lagu sendiri sekarang . urban tak urban ? gua pon mengadalah nak belajar main gitar jugak . mengada ! yang pasal menari dan memasak tu , bukan sebab gua tengok mari berdansa siaran astro ataupun 5 rencah 5 rasa siaran tv3 tu , cuma , gua teringin nak menari zapin di majlis kahwin kakak gua dan juga tolong ibu gua bukak catering orang kahwin . heh ! senonoh tak senonoh perangai ?

. berdoa depan Kaabah dalam umur 20-an
maksudnya kat sini , gua nak jejak tanah haram tu dalam usia gua muda belia lagi . jadi , gua boleh berdoa macam-macam untuk memastikan hidup gua yang insyaallah masih lagi panjang , berjalan dengan lancar dan dicucuri rahmat Allah seluruhannya . gua takut kalau gua pergi masa usia dah lanjut , gua tak sempat merasa nikmat yang Allah kongsikan untuk gua .

. 10A+ / 10A SPM 2011
kalau gua dapat yang ni , peluang untuk gua dapat yang atas tu masih lagi cerah . gua akan kerjakan apa yang gua impikan . cuma gua mintak , kita sama-sama berdoa boleh ?

. tulis lagu untuk boyfriend / husband ( bajet Fynn Jamal )
yang ni birah sikit . malas nak cerita lah . sendiri ada nafsu masing-masing kan .

. jadi cikgu tuisyen masa study dekat U
bila gua cerita pada member gua yang gua nak jadi cikgu tuisyen , tak ramai yang menyokong . mereka cakap "tak lama lah tu" . biadab tak biadab ? mereka memang tak memahami hati naluri gua . gua bukan apa , gua cuma mahukan kemanisan hidup , macam kemanisan iman tu . kalau boleh , gua nak rasa buad semua benda selagi ada masa . kecuali latihan tentera . jauhkan ! kalau gua jadi cikgu tuisyen masa gua belajar kat U , ada jugak gua duit lebih hasil daripada titik-titik peluh gua yang telah dibazirkan . ye dak ?

. nak stylish macam Yunalis
wish ni ekoran daripada perasaan fanatik bila lihat Yuna bergaya . bagi gua , Yuna sangat amazing . siapa tak minat Yuna ? kalau ada yang tak minat pon mesti ada yang gila tengok style dia . arghhhh . .

. nak melawat Sabah
jiran gua dah pergi melawat Sabah . khabarnya , Sabah sangat cantik . jadi , gua nak pergi Sabah . jutawan dan dermawan Malaysia yang bermurah hati nak sponsor gua satu keluarga pergi Sabah , boleh email gua , okay ?

. boleh speaking English macam orang putih
memandangkan gua dilahirkan sebagai anak Jawa mix Banjar , (eh , gua pon ada mix juga tau , jangan pandang rendah kat gua) jadi , gua punya English paras-paras hidung je . setakat nak dapat A SPM tu boleh lah . kalau nak berkolaborasi dengan Maher Zain ke , nak sembang-sembang santai dengan Hana Tajima ke , silalah lupakan . so , gua nak belajar cakap English sampai gua boleh tegur Hana Tajima kalau grammar dia ada kesilapan . wah ! jauh sungguh berimaginasi .

rasa-rasanya , entry ni adalah entry terpanjang yang ada dalam blog gua . setakat ni , wishlist gua cuma ada sebanyak tu je . esok-esok tak tahu lagi . jadi sebelum minyak sendi gua habis akibat terlalu banyak menaip , baik gua bagi salam penutup . wassalam .



p/s : takziah untuk member gua , Yaya Salleh yang kehilangan neneknya pagi tadi . Al-Fatihah . semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman .

No comments:

Post a Comment