assalamualaikum . .
hari ni kan jumaat , balik sekolah awal , jadi aku sempat tidur petang setelah balik berfoya-foya sebentar . dan aku pasti aku mula merebahkan diri pada pukul 1700 , begitu begini , lebih kurang lah aku melelapkan mata .
1745
penghantar : hye awk
time aku pejam mata memang tak guna lah nak hantar mesej call email bagai . memang pending lah . maksudnya tak sampai kat aku , sampai masuk dalam phone je . 1803 , aku sedar tapi masih mamai . dan tak terus bangun sambil berkata "awal lagi" . mesti ramai yang tak tahu apa yang awal sebenarnya . aku kan radikal , berhaluan kiri yang banyak sikit . mana sama dengan orang .
1816
penghantar : jgn la smbong. huhu
cehh , macam tahu-tahu je aku dah bangun . ni yang tak sedap hati ni . identiti penghantar belum wujud dalam kotak memori semalam . nak kata aku makan semut banyak sangat pon tak boleh jugak , sebab aku memang pasti tiada . gaya bahasa yang ditunjukkan memang seperti yang terdapat dalam friendlist aku , jenis yang payah sikit nak menyebutnya , haram .
1817
aku : heh , dosa masing-masing kot .
1818
penghantar : ala,tpi awk jgn la smbong cgt..sian saye
logik tak logik ? menghantar mesej kepada orang seperti aku meminta belas simpati , memang salah orang lah .
di sini , mahu aku tegaskan , aku bukan seorang yang sombong . dah dua tiga empat lima enam tujuh kali kot aku cakap benda yang sama . aku cuma berhati-hati . kalau lah yang hantar mesej tu perompak ke , PATI ke , cikgu ke dan yang paling bahaya spy boyfriend aku ke , tak ke naya namanya ? aku tak suka ambil risiko yang akan menjatuhkan aku secara langsung alasan salah atas diri aku . heh , macam tak paahm pulak ayat tu .
jadi sebenarnya , tak sesuai nak cakap aku sombong okay . tanyalah classmate , schoolmate , ke housemate pon boleh , siapa yang kenal aku tahu aku siapa .
p/s : tapi kalau setakat mesej-mesej murahanyang dihantar than nak kata aku sombong , aku tak kisah sangat lah . buad aku rasa murahan je .
No comments:
Post a Comment