assalamualaikum . .
mari-mari sini nak cerita .
aku , aku rasa aku adalah orang yang susah untuk meminta tolong dari orang , maksudnya , orang luar , luar dari keluarga ibu , ayah dan kakak aku . kalau boleh aku nak buad semua benda sendiri . bukan nak bongkak lah , tapi aku rasa family kecil aku boleh buad semua benda untuk aku dengan baik . jadi aku kurang memerlukan bantuan orang luar .
ada setengah orang , dia susah nak minta tolong dengan orang sebab dalam hati dia ada rasa malu . yelah , nak mintak tolong orang , bukan senang-senang kan . tapi aku , aku tak malu untuk mintak
tolong dengan orang sebab aku rasa aku tak susah nak hulurkan pertolongan pada orang . aku kira , benda tolong-menolong ni just tolong . tak luak pon anggota badan aku jika aku menolong orang . lagi satu , bagi aku , kalau tolong is ikhlas , no repays or replays . ya , ini tak tipu . dah nama pon menolong , bukan mengupah .
tapi , susah bukan bermakna tidak pernah dan kurang memerlukan bukan bermakna tidak memerlukan . okay , satu hari tu , aku minta tolong dengan orang dan sebagai balasan parents aku bayar orang itu . ya , bayar . dan aku pasti bukan sedikit . ada lagi satu hari , aku minta bantuan yang lebih sedikit , sambil berkata , kalau tak sanggup tak apa , aku cari orang lain . deal . pihak sana setuju pihak aku pon setuju . jika mahu mengatakan kami mampu berbalas senyuman selepas itu juga boleh . bermakna di sini , tiada masalah yang timbul .
tup tup , muncul pihak ketiga , nak kata cinta tiga segi pon tak boleh sebab kami memang tiada perasaan antara satu sama lain . pung pang pung pang , berkasar bahasa . ceritanya , pihak ketiga tidak setuju di mana pihak aku meminta pertolongan lebih daripada pihak ke-2 . tidak setuju aku boleh terima dan sudah terima , tapi , mahu cerita pasal duit ? apa haram jadah sangat . macam dia tak pernah meminta tolong dan macam selama ni aku tolong ada minta duit . lima empat tiga dua satu sen haram pon aku tak menyebut . ya , memang aku marah . bukan sebab tidak mahu tolong , itu aku tidak kisah , tetapi sebab berkira tahap mereka raja dan aku hamba . yang aku tak paham , kenapa tiba-tiba nak sebut pasal duit ? apa fashion zaman sekarang kalau minta tolong memang terus kena bayar walaupon tak jadi nak tolong ke ? apa yang aku tahu , parents aku tak pernah langgar janji nak bayar orang itu sebelum pertolongan kedua diutarakan . dan semua kesalahan seperti terpikul di bahu pihak yang satu ni ha . apa yang memang aku sedia maklum pihak ketiga memang dari awal tidak setuju dengan tindakan aku meminta tolong daripada pihak kedua . kiranya di sini , pihak ketiga tidak suka aku meminta tolong daripada pihak kedua dan tidak mahu menolong sekiranya aku meminta pertolongan , memandangkan mereka ada hubungan yang rapat , jadi pihak ketiga berhak bersuara .
okay fine , aku tak mati jika kamu tidak mahu menolong . lepas hari tu , aku didik diri aku supaya jangan senang-senang minta tolong dari orang . dan untuk pengetahuan pihak kedua dan ketiga , aku tak akan sesekali minta tolong dari kamu-kamu lagi kecuali perkara yang mendesak . itu janji .
dan beberapa hari lepas , pihak ketiga datang kepada aku mahu meminta tolong . seperti aku yang lama , tolong is tolong . aku tak minta duit punya . dalam hati ni ikhlas , terlupa pulak apa yang kamu dah buad pada aku dan keluarga aku .
No comments:
Post a Comment