Saturday, April 09, 2011

kejatuhan

assalamualaikum . .

kejatuhan atau kata dasarnya ialah jatuh , yang membawa maksud gugur , luruh , merosot dan selebihnya sila lihat kamus. dalam English pula , perkataan yang membawa maksud yang sama ialah fall , drop , decrease and what so ever . kalau tanya lagi maksudnya memang saja nak rasa siku . aku takda hal , pemurah semedangnya . nak cuba try test , lai lai .

kalau nak cerita pasal jatuh ni memang tak habis . yelah , jatuh ni ada macam-macam . kalau jatuh yang biasa tu contohnya jatuh tangga , jatuh basikal ke , tak pon jatuh motor then kena langgar lori terus mati , ha , walaupun nama dia jatuh biasa tapi jatuh ni extrem sikit . kalau yang kurang biasa tu seperti keputusan exam yang jatuh merundum or ekonomi negara lah kan , sampai bawa mati ke tak tu aku tak pasti . next , kalau jatuh yang gedik sikit tu macam jatuh cinta ke , jatuh sayang ke . haa , nampak tak perbezaan antara satu-satu jatuh tu ? jelas kan .

tapi kalau sebut pasal jatuh ni , kebanyakannya menyakitkan . kenapa menyakitkan ? eh , ingat jatuh tangga rasa macam makan ice-cream drumstik ke ? kanang anak langkau pon tahu sakit okay . kalau result exam korang yang pada asalnya sangat bombastik tiba-tiba jatuh dari no 1 ke no 2 , tak rasa tercabar ke ? ingat seronok jadi orang ke-2 kalau dalam kelas ada dua orang ahli je , haram . tapi kalau jatuh cinta kau jangan nak gedik-gedik cakap seronok sangat . ingat seronok jatuh cinta dengan husband orang , dah biasa kena sesah dengan penyapu ke ? dah cuba try test santau diri sendiri sebelum kena santau dek isteri boyfriend ? renung-renugkan dan selamat beramal . okay , tak sesuai .

konklusinya , kalau sebut pasal jatuh atau kejatuhan atau terjatuh sekalipun menjatuhkan tin biskut ke atas kepala , semuanya akan mendatangkan rasa sakit . sama ada mengambil durasi yang singkat atau akan memakan masa berminggu , bertahun mahupun berabad lamanya untuk kembali pulih seperti biasa . tapi macam tak logik . di sini mahu aku tegaskan , aku jatuh kat sekolah tadi . kesakitannya sudah tidak terasa walaupun aku bukan badang tetapi kemaluannya Tuhan saja yang tahu . anda juga harus merasainya . grrrrrrrrrr .

No comments:

Post a Comment