Friday, May 27, 2011

habis

assalamualaikum . .

tambah tolak darab bahagi , sebulan juga aku tak update blog . bila dah lama-lama tak update ni mulalah otak aku nak bersawang , berkarat . tadi sebelum menaip kemain lagi idea datang mencurah macam air , tapi bila dah menghadap kotak bersegi ni jadi linglong pulak tiba-tiba . biasa lah tu , dah paham sangat dah .

okay , tadi paper last mid-year exam . pendidikan jasmani je pon . aku tak tahu kenapa cikgu dengki sangat taknak buad paper pendidikan jasmani tu hari khamis walhal kami budak-budak PA bukan ada paper pon lepas physics 3 semalam . *cikgu tak bodoh macam kau lah , kalau dia buad hari khamis bocor lah soalan kat budak-budak lain . okay , memang saja nak dapat bodoh . exam kali ni aku berserah je *exam before ni pon kau cakap macam tu jugak . aku baca buku tonggang terbalik kot , tips dan spot soalan pon bersungguh aku dapatkan , tapi aku hadap soalan macam "eh , kau takda spot soalan eh ?" ayat tu bermakna hampeh . sumpah aku mengharapkan sebuah miracle terjadi masa hari terbuka nanti . we'll wait and see je lah eh .

                                 ni lah stok buku aku , separuh daripadanya



sebagai membalas rindu dendam selama sebulan dan memandangkan aku tak pergi holiday mana-mana dan hanya perlu menghadiri perkampungan bestari selama 3 hari di sekolah dan mungkin juga akan aku minimizekan menjadi 2 atau mungkin 1 hari je , akan aku habiskan masa cuti aku dengan meng-update aktiviti-aktiviti seharian yang telah dapat aku bayangkan betapa tak urbannya kepada para readers . jadi jangan kemana-mana . see yeah !



okay bye .

No comments:

Post a Comment