entry pelajar-pelajar .
gua start masuk sekolah masa umur gua 5 tahun . sekoah tadika . gua tak masuk kindergarten sebab sejurus selepas gua dilahirkan ibu gua dah pon berhenti kerja . gua masuk tadika PASTI . orang kata tadika PASTI ni tadika orang
lepas dua tahun , gua masuk sekolah rendah . dah masuk darjah 1 kena bangun awal , pukul 6 . pukul 7 dah kena pergi sekolah . balik sekolah pon dah lambat , pukul 1 tengah hari . sambung lagi sekolah agama dari pukul 2 sampai 3.30 . dulu gua rasa sekolah agama tu dah cukup lama . tapi sekarang gua rasa sia-sia gila sekolah 1 jam 30 minit je . gua tuisyen pon 2 jam . masa darjah 4 dengan 5 , sekolah rendah balik lambat sikit , 1.30 baru balik . yelah , dah senior . dah mula bejalar mata pelajaran kajian tempatan dan kemahiran hidup . masa darjah 6 , nak UPSR , so cikgu buad kelas tambahan setiap hari sampai pukul 2.30 . tambah lagi waktu belajar . sekolah agama pon masuk pukul 3.30 habis pukul 6.30 . dah bertambah waktu , takda lah gua rasa sia-sia sangat . masa darjah 6 jugak , ada kelas tambahan malam kat sekolah . gila tak penat , gua rasa masa tu gua lah superheroin sebab boleh sekolah tak berhenti-henti . padahal ramai lagi classmate gua . tapi gua peduli apa .
lepas mendapat keputusan UPSR dengan jayanya , gua dapat peluang belajar kat sekolah bandar , katanya BESTARI . bangga lah jugak . tapi sekolah ni radikal sikit , orang semua balik sekolah pukul 1 tengah hari , gua balik pukul 2 petang . okay , nampak lah BESTARI-nya tu kan . nak advance lagi , setiap hari rabu gua terpaksa balik pukul 3 petang . apa yang dia nak pon gua tak tahu . naik tingkatan 3 , nak exam lagi , jadi gua terlibat dengan kelas-kelas tambahan petang . gua balik pukul 4.30 setiap hari . okay berbaloi . tahun 2011 ni , gua tingkatan 5 . waktu sekolah hari rabu pon dah di-extend sampai pukul 4.30 . start bulan 3 hari tu , jadual waktu sekolah gua memang dah bertambah dari pukul 7.30 sampai 4.30 petang . sama lah macam masa gua tingkatan 3 dulu . rasa macam alah bisa , tegal biasa lah kan .
akhir-akhir ni , sejak gua terpilih jadi pelajar ibn Sina , waktu gua kat sekolah tambah lagi 30minit . jadi hari-hari gua akan balik ke rumah pada pukul 5 petang . gua keluar rumah pukul 6.30 pagi dan sampai semula di rumah pukul 5.30 petang . 11 jam gua jadi penghuni sekolah satu hari . then , sambung lagi kelas tuisyen malam gua kat luar , atas dasar memenuhi kehendak orang tua .
tapi nampaknya masih tidak cukup lagi waktu gua belajar sampai hari sabtu dan ahad yang sepatutnya waktu gua berehat di rumah tengok upin dan ipin juga direnggut dengan tiada belas kasihan untuk memenuhi nafsu ghairah insan-insan bergelar guru untuk membentuk 10A+ di atas slip keputusan peperiksaan anak-anak muridnya . mintak maaf gua cakap , gua benci keadaan ini .
gua bukanlah seorang yang tak sedar diuntung , cikgu nak bagi tapi gua bodoh sombong berlagak taknak terima , cuma gua pon tahu penat .
haha . gudluck !
ReplyDeletethank you . same goes to you .
ReplyDelete