Sunday, December 25, 2011

assalamualaikum . . 

hari 20 . aku dah gila tak tahu nak buat apa kat rumah ni . hari-hari aku makan . hari-hari pon tidur . hari-hari tengok RunningMan yang berulang-ulang kali . setiap hari mandi satu kali je sebab nak jimat perbelanjaan keluarga . yelah , ayah kerja sorang kan . semalam , ibu dah bising bil air mahal . nampaknya lepas ni kenalah mandi dua hari sekali . baru dapat jimatkan air . lagi , rambut dah baru . dah takda dah pontianak busuk tak suka mandi macam dulu . dah awesome sekarang . hari-hari senyum sorang-sorang depan cermin . suka . ty auntie kedai rambut . tapi tetap malas mandi . haishh . hari-hari jugak aku holiday dalam facebook . menganjing orang sana sini . orang tak perasan tu dah kira kelebihan aku . nak buat macam mana , memang aku dikurniakan dengan muka yang suci lagi innocent . next , hari 20 bermakna dah 20 hari jugak aku tak ambil breakfast . bangun-bangun je ibu dah masak lunch . hari-hari jadi burung hantu jaga rumah . selain facebook kalau boleh hari-hari nak layan youtube . nak tengok muka hyukjae handsome . tapi apakan daya , aku duduk di pedalaman . tak boleh nafikan lagi . okay sebenarnya baru lepas layan fighting junior + kang sora . siapa tak kenal super junior memang tak awesome . btw , aku tak tengok wgm sebab aku jeles . 
 
so , aku masih tak paham kenapa ada yang sangat dengki dengan artis k-pop ? dengarnya , ada yang tak puas hati bila gadis-gadis malaysia gila-gilakan artis k-pop yang handsome sedangkan diaorang handsome sebab banyak buat plastic surgery *betul ke aku spell surgery tu ? eh , whatever lah . kitaorang memang suka yang plastic . so ? okay , emotional . at least artis korea takda lah yang jadi artis bidan terjun . macam zizan cakap , berdiri atas bakat sendiri . okay , close .

lepas SPM kerja aku membesarkan badan je . bukan aku taknak kerja , tapi . . ada kerja kosong ? bagi sini pada aku . boleh jugak aku tolong-tolong ayah menyara keluarga . working hard ni . 

minggu ni je dah tiga kali rumah aku pasang pelita raya . sabotaj !!! tengok cerita tentang dhia pon separuh je . nampak tak game dia kat situ ? apa entah aku merepek ni . cuti-cuti sekolah ni banyak orang buat kerja kahwin kan . tapi aku sikit pon tak melibatkan diri . anti-social ? tak lah . orang tak jemput *kesian kan aku ? kan haram kalau datang . aku pon nak jaga darah daging jugak .

sebenarnya aku takda apa pon nak cerita . dah lama kan tak menaip macam ni . so hari ni aku taip lah . buat ada-ada . hurm , tadi petang aku buat BBQ . sendiri-sendiri je . aku , kakak , ibu dengan anak orang sebelah sorang . anak orang sebelah tu buat perabeh lauk je . jadi sempena BBQ kecil-kecilan tu , untuk pertama kalinya dalam hidup , aku siang ikan . perghh . *bangga dah boleh dibuat menantu ni . kalau aku kahwin pon insyaallah laki aku tak kebulur . keracunan mungkin lah . duhh . 

nampaknya , cukup sampai di sini dulu entry untuk kali ni . macam dah panjang sangat je . sekian cerita serba sedikit tentang cuti sekolah terakhir aku . the end . 

No comments:

Post a Comment