assalamualaikum . .
bab 1 . kalau ditanya apa yang aku buat sekarang , jujur je aku jawab aku sedang sibuk menanam anggur sekarang . bunyi macam tipikal , tapi tulah kenyataannya . bukan setakat anggur , strawberry , kobis , carrot , labu . dan jangan tak percaya , gandum pon aku tanam jugak . senang cerita aku tengah mengusahakan ladang lah sekarang ni . mungkin bukan ladang tapi kebun . korang tak tahu ke yang 'pertanian adalah perniagaan' , macam tagline FAMA tu . selain sayur-sayuran dan buah-buahan , aku juga mula berjinak-jinak menanam bunga . bunga dan perempuan kan , mana boleh dipisahkan . tapi aku takda tanam bunga matahari sebab bukan senang nak cari biji benih bunga matahari . yang ada jual sekarang pon dah jadi kuaci . belum lagi aku buat gila tanam biji kuaci .
selain bercucuk-tanam , ada jugak aku sertakan beberapa ekor lembu , kambing dan ayam dalam kebun aku . buat tambah-tambah rezeki . macam lagu pak samad tu . pak samad ada kebun , a e i o u , di kebunnya ada lembu , a e i o u . siapa tak tahu lagu pak samad nampak sangat tak masuk sekolah tadika . tapi memang betul ke pak samad ? ke pak mamat ? ibu aku kata , mamat tu maknanya mati . jadi kita tukar kepada samad , takdalah horor sangat bunyinya kan . lagi satu , dalam kebun aku tu ada kolam , dalam kolam tu ada itik . tapi aku tak bela itik tu , dia pandai-pandai bela diri sendiri . kalau mati pon bukan salah aku . dan itik tu takda telur . kebun aku ada nama tau , Nani Greenfingers . tapi maaf , aku tak terima sebarang tetamu . harap maklum .
okay , kita tinggalkan bab 1 . bab 2 . cerita pasal aku join aktiviti secret agent . benda ni tak boleh nak cerita sangat . secret lah katakan . cuma apa yang aku nak beritahu , aku merupakan ranking pertama top agent . serius ! jadi kalau ada sebarang job cepat-cepat la roger aku . jangan malu-malu tau .
bab 3 . memandangkan orang selalu menganggap aku terlalu menghabiskan masa dengan aktiviti tidak berfaedah , aku juga sedang menyertai Cooking Academy 2 World Cuisine . pernah dengar ? kalau tak , cepat pergi google sekarang . nanti boleh join sama-sama aku . walaupon memang baru lagi , tapi bau-bau title 2nd master chef tu macam dah dekat dah . jadi kalau ada yang teringin nak ambil aku kerja , boleh bagitahu awal sikit lah , takut tak terlayan pulak nanti . kalau ada yang nak ajak aku buat perniagaan catering pon boleh lah talk-talk nanti ya .
bab akhir , bab 4 . aku ada apply jadi driver teksi . tapi belum ada apa-apa berita lagi . teringin rasanya nak jadi Crazy Taxi . kita tunggu dan lihat okay .
nampak kan yang aku busy sepanjang masa .
bye .
No comments:
Post a Comment