assalamualaikum . .
antara sebab aku tak suka cerita pasal boyfriend kerana boyfriend merupakan manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan , yang tak pernah tahu apa akan jadi pada masa depan , yang hanya mampu merancang tapi bukan menentukan .
dah dekat sebulan aku break dengan boyfriend . walaupon masa bercinta kita boleh janji macam-macam tapi akhirnya tak kemana jugak kalau bukan jodoh kita kan . aku putus dengan boyfriend sebab dia cakap aku ego , aku tak makan dipujuk , aku tak pedulikan kewujudan dia . betul , semua betul . aku tak nafikan . memang aku tak layan dia , memang aku tak pedulikan pujukan dia , memang aku letak ego aku kat tempat paling tinggi masa tu . dan lepas dua minggu , dia give up dan cari perempuan lain .
apa yang buat aku terkilan sangat ialah lepas dua minggu dia give up dan cari perempuan lain . lepas dua minggu . dua minggu . nampak mudah kan kehidupan seorang boyfriend . sampai sekarang aku still terfikir , tak cukup ke sabar aku untuk dia selama satu tahun empat bulan ? tak cukup ke selama ni aku pejamkan mata atas semua yang dia dah buat pada aku ? tak cukup ke sayang aku untuk dia sepanjang tempoh tu ? memang satu tahun empat bulan nampak macam tak lama tapi kalau budak lahir sampai umur tu dia dah pandai sebut babi dah . tapi dia buang buku satu tahu empat bulan kami lepas dua minggu silence treatment yang aku lancarkan .
mungkin dua minggu tu terlalu lama untuk boyfriend . mungkin memang silap aku melebihkan ego daripada perasaan dia . tapi sampai bila aku nak jaga perasaan orang ? sedangkan perasaan aku sendiri , aku terpaksa simpan berhabuk takda sapa nak ambil tahu . bukan aku tak pernah tanya kenapa . boyfriend jawab apa , once he's change , he'll never look back . boyfriend benci aku macam aku dah bunuh mak bapak dia , macam aku yang menyebabkan adik dia masuk penjara , macam aku ni perogol bersiri yang merogol adik lelaki dia . ya , dia benci aku .
dan sebagai penyedap cerita , boyfriend bercinta dalam laman sosial dan hari-hari aku akan nampak status-dalam-hati-ada-taman boyfriend dengan girlfriend baru . aku takan tanya as a woman la , aku nak tanya as a human , what's you feeling ? gembira ? sedih ? benci ? dendam mungkin ? dan lepas tu bunuh diri ?
aku pernah cakap kan , aku bukanlah perempuan yang akan mendoakan kebahagian boyfriend dengan girlfriend baru . aku jugak tak mampu nak buat apa-apa untuk mencantas hubungan orang . tapi aku bukanlah seorang pelupa yang akan lupakan semua benda yang pernah jadi dalam hidup aku . dan sampai sekarang aku still belajar , paksa sebenarnya , untuk neutralisekan perasaan aku . aku harap , carmapaysyouback .
kau rasa aku tak layan dia , aku tak hirau pujuk rayu dia , aku jaga ego aku tu semua sebab saja-saja ke ?
okay , ex-boyfriend .
No comments:
Post a Comment