assalamualaikum . .
sempena deepavali yang hampir menjelang tiba ini aku mahu bercerita berkaitan ayahanda ku tersayang . tapi ayah aku islam dan melayu okay . beliau tidak menyambut pon hari raya tersebut . hanya aku saja yang beria-ia .
ayah suka AHMAD DURRAH ! menggigil jugak aku bila tahu perkara ni . yang aku pelik , dalam banyakbanyak lelaki , macam mana lah ayah boleh suka dengan mamat neh . first time ayah jumpa AHMAD DURRAH masa kat rumah nenek aku . aku chill je masa tu . buadbuad tak pernah tengok je . senyum pon tak . cover line . masa ayah nampak dia , ayah teros pandang dia tak berkelip , sumpah pelik (tapi aku tipu lah , mana boleh tak berkelip , nak mampos) . tapi ayah memang pandang dia la . sampai ibu pulak yang ajak balik rumah , ayah macam taknak balik , taknak tinggalkan AHMAD DURRAH . nasib AHMAD DURRAH tak gubra masa kena tenung tu .
sejak hari itu , kalau boleh ayah nak jumpa AHMAD DURRAH setiap hari , tapi memang tak boleh la kan , dapat jumpa seminggu sekali je pon jadilah . so , memang setiap minggu ayah akan berjumpa dengan AHMAD DURRAH . lepas tu , asyik cerita pasal AHMAD DURRAH je . aku pon naik cemburu , kalau boleh aku taknak pon jumpa AHMAD DURRAH tu , bukan dia boleh jadikan aku jutawan pon . aku rasa ibu pon cemburu jugak , ye lah , AHMAD DURRAH dapat perhatian lebih , mana boleh tahan . siapa je pon AHMAD DURRAH tu , menantu dia pon bukan , darah daging lagi lah , tak mengaku aku .
tapi takpa lah . kami beri peluang pada ayah untuk memilih jalan hidupnya .
p/s : silalah tonton drama AHMAD DURRAH , setiap hari Jumaat , 9 malam , hanya di TV3 . nanti kau pon angau macam ayah aku .
kalau lah ayah menyukai my AHMAD DURRAH , aku nak buad sujud syukur .
No comments:
Post a Comment