Thursday, November 04, 2010

kematian

assalamualaikum . .

okay ! tadi aku blogwalking blog susudalambotol . latest entry di bawah tajuk "belasungkawa , Taufiq Syariff ."
haruslah itu entry sedih .

aku tidak mengenali manamana watak yang berkaitan dengan entry tersebut .
tetapi , nampak saje perkataan belasungkawa , terakhir dan arwah , demm ! mata aku gelap , pandangan aku berpinar , kepala aku berpusing dan tekak aku loya . air mata aku mengalir . serius shit . aku tak tahu kenapa . sehingga aku terpaksa shut down lappy dan keluar dari bilik untuk mendapatkan udara yang lebih segar . dan beberapa minit selepas itu barulah otak aku menjadi kembali stable . sehingga saat aku menaip entry in , telinga aku masih lagi berdengung .

aku terlalu mencintai kehidupan . sehingga hormon aku tidak berada dalam keadaan yang normal apabila mendengar perihal kematian . sejauh mana pon aku berlari , sehebat mana jua aku mengelak , aku harus menghadap kematian . penamat yang pasti .

Ya Rabb !

No comments:

Post a Comment