assalamualaikum . .
gelisah mengenangkan hari persekolahan yang bakal tiba dalam tempoh 6 hari lagi . arghhh . tibatiba teringat pulak tarikh 24 November lepas , baru beberapa hari cuti sekolah bermula . boleh tak tarikh 2 Januari nanti menjadi episod terakhir mimpi panjang aku ketika tertidur pada malam 20 November ? please . . sakit terasa bila aku mula menampar pipi . huh ! apa maknanya tu ?
bercerita pasal the curse kabus di perbukitan . ramai yang tak tahu . sampai aku pon mahu menjadi sebahagian daripada mereka . tapi aku terlalu istimewa untuk itu . first of all , cik jun , cik aliah , mama nora , teacher siti , i am sorry . The Curse written by Lee Su Ann , novel BI Form 5 terbaru , aku tak terbaca lagi dan disebabkan itu , aku belum lagi terbuad synopsis-nya :) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah , lagi satu baru . kan aku dah cakap , aku sangat istimewa sampai semua dapat yang baru . novel form 5 BM starting 2011 . yang ni lagi satu tak mampu aku baca dan tugasan yang dibekalkan masih lagi tergendala . maaf lah . aku lebih tertarik untuk menghabiskan malam dengan novel-novel cinta karya penulis wanita yang lebih menyentuh perasaan . entah apa-apa .
aktiviti blogwalking mencari informasi berkaitan dua karya tersebut sudah juga dijalankan . hasilnya tidak berapa memberangsangkan . aku ada juga membuat carian di google search , seperti biasa , tajuk ilmiah yang mengandungi isi-isi seperti rahsia malam pertama atau kenikmatan onani juga yang menjadi santapan mata . mereka memang mengajar aku untuk mencarut . subhanallah .
kembalikan hati aku . aku memerlukan hati untuk membuat semuanya bergerak lancar seperti di syurga mahupon dalam cerita-cerita fantasi kanak-kanak . 3 subjek dalam masa 6 hari . yang lain memang aku dah burn kan . maaf lagi sekali .
aku mengundur diri dengan dua kerat pantun . .
next year aku form 5 .
okay bye .
No comments:
Post a Comment