assalamualaikum . .
semua orang tengah gila year end sale kot sekarang , 80% lah , 70% lah , yang 20% pon tak nak kalah jugak . hari ni memang betolbetol end year lah kan . 31 December 2010 . tadi aku pergi sekolah , awal gila budak hostel kena lapor diri . kesian . sumpah aku taknak masuk hostel . biarlah balik lewat petang membawa ke malam sekali pon , aku tetap nak tidur atas katil aku .
hari tu kan aku bongkak cakap aku pandai sangat . result final exam yang aku ambil tadi pon memang sesuai lah untuk orang-orang bongkak seperti aku . nak cerita lah ni , tapi aku ada malu-malu sikit . tapi memandangkan readers aku terdiri daripada classmate aku yang duduk sebelah-sebelah je , so aku jadi tak malu sangat .
subjek ada sepuluh , BM-A- , BI-B+ (yang ni jangan pertikaikan , gua memang jawa) , Agama Islam-A (barulah nampak Islam-nya kan) , Sejarah-A- , MathematicsMode-A , +Math-C (ni lagi satu lembab) , Account-A- , Physics-B+ , Chemistry-C+ dan Biology-C . keseluruhan 5A , 2B , 3C . tapi kenapa macam takda A+ kan ? okay ! tak payah gelak . aku sedar diri .
beberapa jam lagi ayah aku balik , haduhhh . macam nak pergi salon kecantikan pulak petang ni . takda lah ayah terus nampak muka aku dandan dia sampai rumah nanti .
aku rasa number telephone pusat-pusat tuisyen pon aku dah kena start cari kat yellow pages . barulah nampak macam bersedia sangat gamaknya . haduhhh lagi . ditambah dengan waktu KOKO hari rabu yang dinaik taraf masanya , sempat ke aku nak menikmati nutella di waktu petang lepas ni . busy betul , aku rasa PM pon risau tengok aku lagi sebok daripada dia . dah kena kurangkan rasanya aktiviti riadah bermain dengan si gomok , aktiviti sebulan sekali ke Melaka juga harus dihentikan . ayah yang beria-ia sangat sebenarnya , aku tak kesah pon .
excited gila nak habis SPM . boleh lah aku berjinak-jinak mencari duit di the store ke , kedai gunting rambut ke , paling bergaya pon , sekolah memandu , tapi yang ni adalah agenda menghabiskan duit ayah la . asyik kekanda next door je jadi pisau cukur , sudah tiba waktunya aku mengambil alih .
okaylah .
bye .
No comments:
Post a Comment