Thursday, January 06, 2011

penat juga jadi senior ya

assalamualaikum . .

haha , gua saja letak tajuk macam tu walaupon sebenarnya takda kenamengena pon .

tapi memang betol lah gua sangat penat dan sibuk sejak 4 hari bersekolah . tangan gua pon rasa macam dah terkeluar musclemuscle sebab banyak sangat membuat pergerakan tangan . wahh ! nampak sangat menipu .

apa yang nak gua cerita hari ini ialah cerita pada 31 Disember lalu . memandangkan gua terlalu busy ala-ala menteri so baru hari ni lah gua berkesempatan untuk menghadap lappy kesayangan ni .


sepetang pada 31 Disember lalu gua habiskan waktu dengan menghancurkan dapur ibu kesayangan . tak terniat pon sebenarnya . tapi susah payah gua bersama dua chef yang lain nampaknya berbaloi . tiada kes keracunan mahupon sakit perut yang telah dilaporkan setelah menelan masterpiece yang telah kami hasilkan . gua puas . pada asalnya , recipe yang digunakan akan menghasilkan muffin tetapi memandangkan kami terlalu kreatif dan gatal tangan , jadilah seperti yang di atas . yang dalam pinggan tu adalah hasil tangan pembantu chef alias budah h**** kami yang masih berumur 10 tahun . apa-apa yang kami buat pasti ada bahagian untuk-nya dan telah diasingkan okay . tu dia yang makan la . kami tak sanggup .

pada sebelah malam , malam tahun baru ya , kami sekeluarga ditambah dengan budak h**** sekali lagi , keluar ke kota . tidak seperti rakyat malaysia yang lain yang menyambut malam new year mereka di dataran-dataran merdeka dengan menyaksikan percikan bunga api dan dosa-dosa kecil , kami menyambut malam tersebut di dalam sebuah kereta buatan malaysia yang tersadai di tepi jalan . konklusinya , kereta ayah gua rosak . huah ! gua ingat sampai bila-bila . 


p/s : segala kerja-kerja semasa penghasilan muffin convert cupcake tersebut tidak akan diapaparkan atas dasar menjaga maruah setiap insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembikinannya .


gua rasa nak gelak .

okay bye .

No comments:

Post a Comment