assalamualaikum . .
kenapa ? satu sebab , aku tak pernah tengok teater . yelah , orang kata , tiket teater ni terlalu mahal kalau nak dibandingkan dengan tiket wayang yang kalau hari rabu tu , RM20 boleh dapat tiga keping . lagi , aku tak pernah dengar teater yang dipentaskan di negeri Johor , aku tak pernah dengar lah , kalau ada tu aku mintak maaf sebab aku bukan lah mengikut perkembangan teater sangat . kalau nak pergi KL setakat nak pergi tengok teater , aku rasa baik aku pergi tengok ceramah maulud nabi kat masjid sekampung . ye dak ?
sebab dua , tengok teater dapat tengok artis . bukan artis-artis filem . artis teater tak ramai orang kenal , jadi , bagi aku , kalau aku kenal artis teater , diri aku ni dah cukup advance lah . macam Zahiril Adzim tu , wahh ! kawan-kawan sekolah aku tak kenal Zahiril Adzim , Iqram Dinzly mereka kenal lah .
sebab tiga , aku teringin nak berada dalam tempat mewah-mewah macam tempat pementasan teater tu . setahu aku , teater tak dipentaskan kat tempat-tempat cikai . kerusi duduk dia tak macam kerusi duduk wayang yang kadang-kadang mengeluarkan sound effect bagai . orang-orang yang tengok teater ni pon cara pemikiran dia tak sama dengan kawan-kawan sekolah aku . maksudnya kat sini , aku nak jadi lain dalam kalangan kawan-kawan sekolah aku . boleh kan ?
sebab empat , teater itu real . mana ada cut-cut bagai . kau salah kau kalah . haha :)
okay bye !
p/s : siapa-siapa berhati baik nak bawak aku tengok teater , boleh email okay ! dan
happy birthday PQADILLA ! muahhmuahhh !
mula-mula aku confuse jugak , nak wish happy birthday ke nak wish happy valentine , hee





No comments:
Post a Comment