Tuesday, February 15, 2011

suara

assalamualaikum . .

akhir-akhir ni rasa antibody badan macam dah kurang kuat . sikit-sikit sakit . mengada tau ! batuk demam hari tu belum hilang , dah datang batuk baru , dengan package selsema bagai . sedang enak-enak menaip ni pon kena berebut cari tuala kecik bagi nak elak cecair putih tu mengalir masuk dalam mulut . potong stim betul ! tuala kecik pon dah naik lembap . tak macam dolu-dolu , kalau dolu kecik-kecik , maximum kena penyakit setahun sekali je . dah besar-besar ni , manja dia lain macam sikit . kemain lagi tau . 

nak kena ambil ubat jugak ke ? hishh , tak brotha-brotha lah makan ubat . kata baka baik . ayah demam lepak je main hujan pergi balik kerja . aku anak ayah lah . cuma , belum cucu atok . atok boleh balik rumah bawak motor lagi lepas kepala kena hempap pelepah kelapa sawit , darah mengalir satu muka penuh kot . atok aku sumpah kuat . nak call anak dia , jururawat , nak jahit kepala dia yang koyak kat rumah pon dia boleh kata "tak payah lah" . tapi , aku muyskil , atok kuat ke atok takut sebenarnya ? hee :) aku ada atok superb , umur 70++ pon kerjakan banyak kebun sawit sendiri . bukan anak-anak taknak tolong , masing-masing ada komitmen sendiri . tengok lah nanti , lepas aku SPM , kalau muka cantik ni tak laku diterima kerja kat mana-mana , kerja angkat sawit lah gamaknya . habis muscle-muscle semua terbina . wahhhh ! jangan jeles .

internet malam ni macam sial pulak . HSPDA konon , kalau setakat kau connect 30 secs then kau putus balik , baik kau bagi aku EDGE yang gerak macam kucing lepas beranak tu , at least takda lah aku rasa macam dipermainkan . benci !

tahun ni , aku belum bayar hutang puasa . arghhh , malas tahap dewa ni . bulan Ogos dah raya , siapa nak tanggung dosa macam ni , kalau cepat-cepat kahwin ada jugak orang yang tolong tanggungkan dosa aku . macam haram kan ? padan lah muka , lepas ni takda siapa nak kahwin dengan kau , siapa suruh bocor rahsia ? kacau ! minggu ni macam dah kena start aktivit turunkan berat badan je . hurm . . kena kuat , pengaruh cuaca belakang kira , macam tak biasa . akhirat lagi panas kot , ye dak ? actually , heaven jugak puasa ni , tapi jangan tanyalah apa yang heaven , aku tak pasti . tu pon ramai lagi yang taknak puasa . tak paham aku . suruh kerja angkat batu-besar-berat boleh pulak . apa orang kata , "janji masyukk" . terpulanglah , kubur masing-masing . aku yang ilmu paras hidung ni pulak yang sibuk nak berdakwah , buad malu kaum je . dosa kau pon tak terlarat nak angkut lagi mahu pesan-pesan ke ? hampehh .

lagi , aku rasa aku dah boleh terima kenyataan . aku mengalah . mengalah tak bermakna kalah kan . aku malas . malas nak melibatkan diri . cuma , aku ambil satu je , harap takda yang kisah . sebagai kenangan , sebagai tanda aku pernah terjebak dolu . ya , dolu . aku harap masa akan pantas berlalu dan sekarang akan menjadi dolu . dolu yang akan hilang dalam ingatan aku . bukan susah sangat . moto sekolah rendah aku , usaha pelita hidup , moto sekolah sekarang , usaha itu mulia . kenapa takda
moto sekolah usaha tanda kejayaan ha ? lagi satu , aku takda motor sebab ibu ayah cakap kalau kau ada motor kau perabis duit kami je . macam hina sangat je aku ni . apa-apa lah , janji lepas dapat result SPM yang agak-agak gempak nanti , ibu ayah belikan orang kereta sebijik pon jadilah . wahhh , demand tak demand ? siapa-siapa yang rasa-rasa nak tumpang kereta aku nanti , baik doakan banyak-banyak aku dapat result SPM gempak punya . poyo tau !

aku baru tukar nama blog . macam kelakar je , tapi aku nak jugak pakai nama tu . baik jangan gelak , nanti tak boleh berhenti sibuk nak susahkan aku . aku dah warning . cuma , persoalan manis tak manis tu masing-masing decide lah , kalau nak cakap aku perasan pon takpa . aku bukan apa , nama tu macam comel je . macam zaman dolu-dolu . alah , lagipon ramai je orang perasan lebih-lebih lebih dari aku , sekali-sekali nak jugak welcome to the club . haha . macam haram tau , tak boleh blah .

kalau perasan , entry aku kali ni dari atas sampai bawah macam takda kait-mengait antara satu sama lain kan . tapi tak kesah lah . okay bye !



p/s : SALAM MAULIDUR RASUL   

No comments:

Post a Comment