Tuesday, May 03, 2011

jar of hearts

assalamualaikum. . 



eh , aku boleh , kenapa kau tidak ? point dia kat sini , aku bukan kau
punya , bukan kau boleh mengatur hidup aku . dan , bukan aku yang
tersungkur pada kaki kau . jangan kau ingat cerita yang kau arah 2 tahun
lepas mampu mengikat aku selama-lamanya . ya , aku mengaku , aku hanyut
hampir satu tahun , tapi aku kembali sedar untuk mengakhiri satu tahun
itu . membuktikan yang aku tidak di bawah kawalan kau sepenuhnya .

tapi , kau seperti tidak boleh terima .

seminggu selepas kita bertikam lidah dua tahun lepas , ada kau bertanya ,
hadiah apa sesuai untuk diberi kepada seorang perempuan . ya , aku masih
ingat . dan , tika itu , ada kau fikir apa rasa hati aku dan apa yang
berlegar dalam kepala otak aku ? kau tak pernah mahu tahu kan ? dalam
masa seminggu , bagi aku terlalu pantas . mungkin hanya aku yang merasa .
tapi lepas yang itu , aku lupa . kau kata kita kawan . sehingga kau
bercerita tentang kekecewaan kau pada aku setahun lepas . kekecewaan kau
kerana tidak dihargai sebagai seorang boyfriend . kau minta pendapat ,
sindiran yang aku beri . sedikit pon kau tak perasan . aku diam , mungkin
kau memang jenis begitu . dan sememangnya pendapat aku tidak terkesan .
tup tup aku dengar , kau berbahagia kembali . eh eh , macam drama tv
pula . aku pendam . aku senyum . mungkin aku masa silam yang dah kau
lupakan kerana tidak mahu sejarah berulang kembali . dan mungkin bagi kau ,
masa depan adalah lebih baik berbanding masa lampau .

then , apa yang jadi sekarang ? dalam hati aku cuma berkata padan muka .
padan muka untuk kau kerana melukakan aku . zalim , bukan aku seorang .
jangan kau kata kau tak tahu . ada satu malam , kau bicarakan kata-kata
keramat itu pada telinga aku . masa itu , ego aku sudah berjaya
menguasai hati . ya , itu yang aku mahu . aku mahu kau lihat yang aku
tidak bodoh . untuk tersungkur kembali . itu penamat untuk kau ketawa
melihat aku dari jauh . 

selepas setahun aku cuba bangun dari terus berada di kaki kau dan aku
berjaya , aku pilih untuk berbahagia dan kau tak terima . tapi kenapa ?
kenapa aku boleh tersenyum melihat kau gembira tapi bukan kau berperilaku
yang sama bila giliran aku tiba ? pilihan aku adalah pilihan aku . siapa
pilihan aku bukan kau boleh pertikaikan .

you're selfish .





p/s : aku menang . dan kau yang kalah .

No comments:

Post a Comment