assalamualaikum . .
okay , kem manja sudah selamat dijalankan . summary-nya , full of fun , tears and tiredness . itulah dia , dah nama pon kem , ye dak ? terima kasih kepada kakak-kakak dan abang-abang yang rajin melayan perilaku kami yang lain daripada yang lain . tahniah juga . kem 2 hari 1 malam , bilangan kali kena marah macam kem berjalan hampir sebulan . tak tahulah apa dosanya . nak kata terlebih hormon , tidak juga . terlebih makan mungkin . mana taknya , selang 2 jam kami akan disogokkan dengan makanan . katanya untuk menambah semangat , memang lah , menambahkan semangat badan . tak paham betul aku .
kem anjuran sekolah yang di-handle oleh team generasi harapan . sapa tahu ? fasi semua boleh dibawa berunding kot . respect lah ! macam aku cakap tadi , seronok memang seronok , cuma satu aku tak puas hati , habis basah haa luar dalam , takda apa dah . masin pulak tu airnya , mungkin sebab peluh aku sendiri *okay , tak boleh nak salahkan sapa lah . btw , thank you lah sekali lagi kepada pak long , abang long , kak long , abang mus , abang chik , kak zira , kak yana . . kot . maaf . sekolah aku asal macam padang jarak padang tekukur , berubah mcam pusat rekreasi pulak haa tiba-tiba . hebat-tak hebat mereka ?
sudah namanya pon kem , haruslah ada kesedaran . kalau tak sedar jugak , tak tahu lah . membazir je kau bayar rm 15 *ayat bajet macam aku sedar sangat je . bila time sedar-sedar ni , mulalah nak membazir air mata , dah nama pon perempuan ,emosi lebih , air mata murah , air mineral pon rm 1.00 sebotol . pantang diusik sikit , mulalah nak buka empangan , memang saje tau nak mainkan perasaan i . benci ! okay , bukan nak cerita pasal nangis-nagis sebenarnya . malulah i macam ni .
hari itu , aku sempat berpeluk dengan seorang kawan yang hampir 2 tahun tidak bertegur , bermesra dengan seorang sahabat yang saban bulan tidak berbicara , bercerita dengan seorang rakan yang sentiasa dipendam perasaannya . alhamdulillah . peluang itu ada . lega . terima kasih untuk ruang itu . baru aku sedar , aku rindu yang dahulu , zaman muda-muda dulu , zaman bersama orang kata . manusia berubah kan . jadi aku tak ambil pusing sangat . dan . .
boleh lah , setakat tu .
p/s : aku tak memerlukan kem untuk kesedaran sebenarnya , tengok lah apa yang
jadi sekarang .
No comments:
Post a Comment